like us

Rabu, 3 April 2013

resepi ayam kurkar



                               
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam saiz sederhana, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
3 biji kentang, kupas dan potong 4 setiap satu, rendam
5 camca besar rempah kurma
2 camca besar rempah kari daging
3 camca besar pes tomato puri
2 camca besar cili kisar
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 inci halia, hiris
2 batang serai, dititik
2 cawan santan
Air, jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh rempah kari, rempah kurma, cili kisar dan tomato puri dengan sedikit air hingga menjadi pes. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga harum. 
  2. Masukkan pes rempah tadi dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.Masukkan ayam dan gaul rata. Biar hingga ayam kecut. Masukkan santan, kacau rata dan masukkan kentang. 
  3. Masak hingga kentang empuk (kalau perlu tambah sedikit air), tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan cili sebagai hiasan sebelum dihidangkan.

resepi ayam bakar maple


Bahan-bahan (2-3 orang)
2 ketul ayam maryland
2 ulas bawang merah – dikupas kulit
2 biji lobak – dipotong
3 biji ubi kentang – dipotong
2 biji tomato
2 biji cili hijau – dibelah dua
2 biji cili merah – dibelah dua
3-4 tangkai daun rosemary
Garam dan lada hitam
4 sudu sirap maple (maple syrup)
Minyak zaitun (olive oil)
Cara-cara
  1. Perap ayam dengan garam dan lada hitam selama 30 minit.
  2. Masukkan bawang merah, lobak, ubi kentang, tomato, cili hijau dan cili merah ke dalam loyang untuk membakar (roasting pan). Gaul bahan-bahan ini dengan sedikit garam, lada hitam dan minyak zaitun. Bakar selama 30 minit dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190 celsius.
  3. Keluarkan roasting pan, masukkan daun rosemary. Kacau bahan sayuran dengan sekata. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar lagi selama 10 minit.
  4. Masukkan ayam ke dalam roasting pan. Sapu ayam dengan sirap maple dengan sekata. Bakar ayam selama 30 minit.
  5. Terbalikkan ayam dan bakar lagi sehingga ayam betul-betul masak (20-30 minit).
  6. Siap untuk dihidangkan.

resepi telur bungkus


Bahan-bahan
2 biji telur
250 g isi ayam – dipotong dadu
150 g sayur campur (mix veggie)
7 ulas bawang merah – dikisar
1 ulas bawang putih – dikisar
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula
Cara-cara (inti ayam)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar, kacau sekata dan biarkan seketika.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram, sedikit air dan isi ayam. Kacau sekata.
  4. Masukkan sayur campur, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kering.
Cara-cara (telur bungkus)
  1. Pecahkan telur di dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam dan pukul sehingga sebati.
  2. Panaskan kuali dan sapu permukaan kuali dengan sedikit minyak.
  3. Masukkan telur ke dalam kuali dan dadarkan sehingga memenuhi kuali.
  4. Bila telur masak, tuangkan inti ayam ke atasnya dan lipat telur tersebut.
  5. Terbalikkan telur yang siap dilipat. Siap untuk dihidangkan.

resepi bubur cha cha



                          
Bahan-bahan (3-4 orang)
1 cawan cha cha segera
1 biji ubi keledek (dipotong dadu)
2 mangkuk santan pekat
1 keping gula melaka
1 cawan gula
1 sudu besar sagu (direndam dengan air)
2 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit garam
Cara-cara
  1. Rendam cha cha segera selama 10 minit, rebus sehingga lembut dan kemudian toskan.
  2. Rebus ubi keledek sehingga hampir empuk dan toskan.
  3. Masukkan santan, cha cha, ubi keledek, gula melaka, gula, garam, sagu dan daun pandan ke dalam periuk.
  4. Masak dengan api yang sederhana dan sentiasa dikacau. Masak sehingga mendidih kemudian tutup api.
  5. Siap untuk dihidangkan.
DM: Sila tambah gula atau gula melaka mengikut citarasa masing-masing.

resepi kuih cara berlauk




Bahan-bahan (50 biji)
2 cawan tepung gandum
4 cawan santan cair
1 biji telur
1 sudu kecil pewarna kuning
Sedikit garam
Bahan-bahan inti
100 g daging cincang
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk kari
Garam dan gula
Hirisan cili merah
Hirisan daun sup
Cara-cara (kuih)
  1. Untuk inti – panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan serbuk kari. Tumis seketika.
  2. Masukkan daging dan gaul sehingga sekata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Cara-cara (kuih)
  1. Untuk kuih – kisar kesemua bahan sehingga sekata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Jika cair, tambah sedikit tepung gandum. Jika pekat, tambah sedikit air.
  2. Panaskan acuan kuih cara dengan api yang kecil. Sapu acuan dengan sedikit minyak.
  3. Masukkan adunan kuih ke dalam acuan sehingga hampir penuh. Kemudian tutup acuan dengan tudung periuk. Bakar seketika (jangan sampai masak).
  4. Masukkan inti daging di tengah-tengah bersama-sama hirisan daun sup dan cili merah. Tutup acuan dengan tudung periuk dan angkat kuih apabila sudah masak.
  5. Ulang langkah 3 dan 4 sehingga habis adunan. Jangan lupa sapu minyak pada acuan supaya kuih cara tak melekat.

resepi tagliatelle bolognese


Bahan-bahan (4-5 orang)
250 g tagliatelle (pasta)
4 sudu besar minyak zaitun (untuk menumis)
1 ulas bawang besar – dicincang halus
2 ulas bawang putih – dicincang halus
1 biji lobak – dipotong dadu
1 batang seleri – dipotong dadu
300 g daging cincang
250 g tomato puri
250 g sos tomato
1 kiub stok daging
1 sudu besar oregano flakes
2 helai daun salam (bay leaf)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Untuk tagliatelle (pasta), rebus dalam periuk, tambah sedikit garam. Angkat apabila pasta sudah lembut dan toskan. Gaul pasta dengan sedikit minyak zaitun atau butter.
  2. Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan lobak dan seleri, kacau sekata.
  3. Masukkan daging cincang, masak sehingga keperangan.
  4. Masukkan tomato puri dan sos tomato, kacau hingga sekata. Masukkan sedikit air jika perlu.
  5. Masukkan stok daging, lada hitam, oregano flakes, bay leaf dan garam secukup rasa.
  6. Masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
  7. Sos bolognese siap untuk dihidangkan dengan tagliatelle.

resepi pasta bakar


Bahan-bahan (5-6 orang)
250 g pasta (makaroni, rigatoni atau chifferi)
300 g daging cincang
2 ulas bawang putih – dicincang halus
1 ulas bawang merah – dicincang halus
1 biji lobak merah – dipotong dadu
1 batang seleri – dipotong dadu
250 g tomato puri
250 g sos tomato
Garam dan lada hitam
Minyak untuk menumis
Mozzarella cheese
1 biji telur
Cara-cara
  1. Rebus pasta sehingga masak, kemudian toskan. Gaul pasta dengan sedikit butter atau minyak.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan daging cincang, lobak merah dan seleri. Goreng sehingga daging masak.
  3. Masukkan tomato puri, sos tomato, lada hitam dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan pasta dan kacau hingga sekata. Tutup api dan biarkan seketika. Masukkan pasta ke dalam acuan.
  5. Pecahkan telur dan kacau hingga sekata. Ratakan telur ke atas pasta.
  6. Ratakan mozzarella cheese ke atas pasta.
  7. Bakar pasta ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200 celcius selama 20-25 minit.

resepi ayam jamie roasted




Bahan-bahan:

Bahan-bahan dalam tray:

1-2 biji bawang besar (kuning)- hiris sederhana tebal (kulit xbuang)
1 labu bawang putih diketuk (kulit xbuang)
1 batang celeri - potong pendek2
1 batang leek - mayang kasar
1 batang carrot -potong kecil
1/2 biji capsicum merah -potong kecil
1/2 biji capsicum kuning - potong kecil

Untuk ayam:

Lumurkan ayam dengan olive oil, garam dan serbuk lada hitam. Kalau nak masak malam, pagi tu dah boleh perap. Kalau semalaman lagi sedap. In my case, saya just perap setengah jam je ehehe..sebab xplan nak masak ni..

Lepas tu ambil 1 biji lemon, tikam2 sedikit dengan hujung pisau. Sumbatkan ke dalam ayam. Lemon yang saya pakai tu besar sgt kot /maybe ayam kecil tu yang nampak terjulur keluar. Lepas tu sumbat segenggam daun thymes.

Panskan oven suhu 250 degree. Sebelum masukkan ke dalam oven, taburkan sedikit daun rosemary kering ke atas ayam tadi. Bakar dalam 1 jam/ sehingga ayam masak.

Ayam akan jadi berkuah (dah jadi macam larutan stok ayam) sedikit dah lepas masak tu. Kalau nak buat sos daripada stok ayam tu, bolehla tgk kat website Jamie macam mana dia buat. Tapi sbb saya malas, saya pakai sos biasa je untuk makan dgn ayam tu ehehehe..

Isnin, 1 April 2013

resepi daging buger bakar


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 500 gm daging kisar
  • 1 biji bawang besar merah dicincang
  • 1 biji telur saiz besar
  • 1-2 genggam serbuk roti (breadcrumbs)
  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
  • secubit serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil mustard (Dijon atau American)
  • Garam dan serbuk lada hitam secukupnya

Cara-cara

  1. Campur dan gaul semua bahan-bahan. Gunakan breadcrumbs untuk "bind" adunan.
  2. Bahagi empat dan bentukkan menjadi bebola daging burger mengikut citarasa. Lebih elok buat kecil-kecil.
  3. P1010011
     Gunakan baking paper sebagai alas, tabur breadcrumbs dan letak daging burger sebelum menggoreng.
  4. P1010012
     Goreng atas kuali leper menggunakan sedikit minyak hingga garing.
  5. Hidang dengan bun burger dan sos serta cheese jika suka.

resepi lasagna




Bahan-bahan ( 4 - 5 orang )

  • 250 kepingan lasagne (boleh dapat dari supermarket) disediakan mengikut arahan di kotak.
  • 175g keju mozzarella (diparut)
  • BAHAN-BAHAN UNTUK SOS PUTIH
  • 250ml susu UHT
  • sehiris bawang besar
  • 2sm ke 3sm dari sebiji karot yang dihiris kecil
  • 1 bay leaf (sila rujuk glossary)
  • 1 ranting kecil daun ketumbar (parsley)
  • 8 hingga 10 black peppercorns
  • 40g mentega
  • 40g tepung gandum
  • BAHAN-BAHAN UNTUK SOS BERLAUK
  • 1 biji bawang merah, dipotong halus
  • 2 ulas bawang putih dipotong halus
  • 1 batang saderi, dipotong halus
  • 75g karot, dipotong halus
  • 400g daging ayam kisar
  • 4 biji tomato, dibuang kulit dan dihiris
  • 1 helai 'bay leaf' (sila lihat glossary)
  • Sedikit serbuk 'oregano' (sila lihat glossary)
  • Sedikit serbuk 'basil' (sila rujuk glossary)
  • Sedikit minyak masak
  • 225ml air
  • 1 sudu besar pasta tomato (Prego)
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • Sedikit lada hitam dan lada putih yang ditumbuk)

Cara-cara

  1. Adunkan semua bahan-bahan untuk sos putih ke dalam kuali. Masak dengan api kecil. Angkat kuali dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Campurkan susu UHT hingga sebati rasanya. Kemudian buangkan bahan-bahan yang tidak diperlukan
  2. Cairkan mentega dengan api kecil dan masukkan tepung. Kacau dan masakkan selama 40 saat hingga 2 minit. Masukkan adunan susu UHT di atas dan terus kacau selama 5 minit, sehingga menjadi sos putih yang lembut. Angkat dan biarkan sejuk.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih, saderi dan karot hinga lembut. Masukkan daging ayam kisar dan kacau. Masak hingga berwarna keemasan.
  4. Tambahkan tomato dan herba-herba lain dan teruskan memasak selama 15 ke 20 minit. Masukkan air, pasta tomato dan perasa. Kacau dengan sebati hingga sos berlauk menjadi pekat.
  5. Untuk membuat lasagne, pertama sekali ratakan sos berlauk ke dalam mangkuk caserole atau dulang membakar yang tahan-haba. Masukkan 2 ke 3 sudu besar sos putih dan ratakan. Taburkan keju mozzarella ke atas lapisan tadi.
  6. Susun kepingan lasagne ke atas lapisan keju tadi. Ulang proses lapisan tersebut sehingga semua bahan-bahan dan sos digunakan. Akhiri dengan lapisan sos berlauk. sos putih dan keju mozzarella.
  7. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 45 ke 50 minit atau sehingga lapisan atas berwarna coklat keemasan. Hidangkan panas-panas!

resepi sambal jawa singapore


bahan² nya :

kalau ikutkan sebenarnya bahan dia sangatlah mewah, tapi sebabkan masa nak raya tu pi pasor lambat barang pon banyak habis, so masak apo yg ado jo...

sukatan ikut suka korang lah, sbb nya kn aku kalau masak xde sukatan, heheheh, pandai² la korang nk agak banyak mana...

yang penting utk bahan mesin (perlu dikisar) :

kena ada bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, ala kira sama macam bahan nk masak rendang, lebey kurang je... & cili kering (cili boh)


jangan lupa :
santan, kicap manis (sikit je), air asam jawa (barulah sambal jawa kan), & garam, gula


untuk lauk² penyeri nya,
paling penting ialah isi dalaman ni, macam paru lembu, pedal ayam, hati ayam, limpa lembu ke boleh je nak taruk pon, babat (perut lembu) & udang..semua ni potong dadu, kalau limpa, pedal, paru, tu rebus la dulu kan sblm potong dadu, mcm biasa la...


lepas tu bahan campuran lain,
tempe (wajib)- baru lah jawa
tauhu 
kacang panjang 
kentang 
tauhu kering
soon
cili merah, cili hijau (optional) 

semua bahan ni korang dh hiris cun² pastu semua kena goreng separuh masak dulu termasuklah kacang panjang tu kecuali tauhu kering & soon, sebab apa kena goreng dulu, sebab nak bagi dia tahan lama, pastu nak bagi dia sedap, hahahhaa



cara² masak :

bawang yg korg dh blender tu, cili boh sekali, tumis sampai naik minyak, masuk udang (aku tak goreng dulu sebab takmo hilang manis dia), kacau sket, pastu masuk santan, garam gula, kicap sket, dah melegak, masuk je semua bahan² yg tinggal....




resepi rendang arnab


BAHAN-BAHANNYA :

1ekor arnab
1 sudu besar kunyit serbuk
2 sudu besar serbuk cili
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 in halia
1in lengkuas
1/2 biji kelapa dijadi kan kerisik
2 batang serai
1 biji kelapa-ambil 2 mangkuk santan pekat
1 senduk minyak masak

CARA MEMBUATNYA :

1. Arnab di potong dan dibersihkan, .Bawang merah,bawang putih,halia,lengkuas ditumbuk halus
Serai dititik
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk hingga wangi dan barulah dimasuk
kan daging dan garam secukup rasa
3. Kemudian masukkan pati santan. Kacau supaya semuanya sebati, dan biarkan kuahnya
menjadi kering

SEDIA DIHIDANG.

resepi ikan kerapu masak stim





Bahan-bahan ( 1 ekor ikan sederhana besar )

  • ikan kerapu.siakap sederhana besar
  • halia 2inci mayang
  • bawang putih 5ulas mayang
  • serai 2 batang mayang
  • carrot mayang
  • daun bawang n daun sup
  • limau nipis 1 biji perah airnya
  • asam boi 5 biji (asam masin org Trg panggil)
  • tomato 1/2 biji
  • 1sudu besar sos tiram n air utk kuah.
  • cili padi/cili hidup 5 biji mayang

Cara-cara

  1. ikan digaul dgn sedikit garam n gaul semua bahan2 yg dimayang dngan ikan dan kukus.
  2. perahkan air limau nipis selepas 1/2 jam...then tabur daun bawang n daun sup
  3. masukkan asam boi, perasa.
  4. masukkan tomato yg dipotong (slice)

resepi kek coklat lembut






Bahan-bahan ( 8 org )

  • bahan A
  • 11/2 cwn gula pasir
  • 1 cwn minyak masak
  • 11/2 cwn susu cair
  • 3 biji telor
  • 1 s/k esen vanila
  • bahan B
  • 1 cwn serbuk koko
  • 11/2 cwn tepung gandum
  • 1 s/k soda bikarbonat
  • 1 s/k baking powder
  • 1 cwn air panas baru mendidih

Cara-cara

  1. ayak semua bahan B, blander bahan A sehingga sebati.
  2. campurkan bahan A@B kacau sehingga sebati masukkan air panas yang baru mendidih kemudian kacau lagi dan akhir sekali kukus selama 1 jam

resepi kek tiramisu







Bahan-bahan :
1 biji sponge kek / biskut
250ml whipping cream  
200ml cream cheese  
1/2 cawan gula halus  
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)  
1 sudu makan serbuk nescafe  
serbuk koko (hiasan)

Cara-cara :
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas.
2. Satukan gula, cheese dan cream.
3. Pukul adunan sehingga kembang dan gebu.
4. Potong kek pada 2 bahagian.
5. Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek.
6. Sapukan adunan cream dan cheese di atas kek.
7. Susun lagi bahagian yang selebihnya. Kemudian sapukan nescafe dan baki cream cheese.
8. 
Hiaskan dengan serbuk koko.
9. 
Simpan di dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan.