250 kepingan lasagne (boleh dapat dari supermarket) disediakan mengikut arahan di kotak.
175g keju mozzarella (diparut)
BAHAN-BAHAN UNTUK SOS PUTIH
250ml susu UHT
sehiris bawang besar
2sm ke 3sm dari sebiji karot yang dihiris kecil
1 bay leaf (sila rujuk glossary)
1 ranting kecil daun ketumbar (parsley)
8 hingga 10 black peppercorns
40g mentega
40g tepung gandum
BAHAN-BAHAN UNTUK SOS BERLAUK
1 biji bawang merah, dipotong halus
2 ulas bawang putih dipotong halus
1 batang saderi, dipotong halus
75g karot, dipotong halus
400g daging ayam kisar
4 biji tomato, dibuang kulit dan dihiris
1 helai 'bay leaf' (sila lihat glossary)
Sedikit serbuk 'oregano' (sila lihat glossary)
Sedikit serbuk 'basil' (sila rujuk glossary)
Sedikit minyak masak
225ml air
1 sudu besar pasta tomato (Prego)
1 1/2 sudu besar gula
Sedikit lada hitam dan lada putih yang ditumbuk)
Cara-cara
Adunkan semua bahan-bahan untuk sos putih ke dalam kuali. Masak dengan api kecil. Angkat kuali dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Campurkan susu UHT hingga sebati rasanya. Kemudian buangkan bahan-bahan yang tidak diperlukan
Cairkan mentega dengan api kecil dan masukkan tepung. Kacau dan masakkan selama 40 saat hingga 2 minit. Masukkan adunan susu UHT di atas dan terus kacau selama 5 minit, sehingga menjadi sos putih yang lembut. Angkat dan biarkan sejuk.
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih, saderi dan karot hinga lembut. Masukkan daging ayam kisar dan kacau. Masak hingga berwarna keemasan.
Tambahkan tomato dan herba-herba lain dan teruskan memasak selama 15 ke 20 minit. Masukkan air, pasta tomato dan perasa. Kacau dengan sebati hingga sos berlauk menjadi pekat.
Untuk membuat lasagne, pertama sekali ratakan sos berlauk ke dalam mangkuk caserole atau dulang membakar yang tahan-haba. Masukkan 2 ke 3 sudu besar sos putih dan ratakan. Taburkan keju mozzarella ke atas lapisan tadi.
Susun kepingan lasagne ke atas lapisan keju tadi. Ulang proses lapisan tersebut sehingga semua bahan-bahan dan sos digunakan. Akhiri dengan lapisan sos berlauk. sos putih dan keju mozzarella.
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 45 ke 50 minit atau sehingga lapisan atas berwarna coklat keemasan. Hidangkan panas-panas!
0 ulasan:
Catat Ulasan