like us

Rabu, 27 Mac 2013

resepi nasi ambeng


                                   


AYAM MASAK KICAP KAMPUNG

1 ekor ayam kampung - dipotong 16 (pilih ayam bujang atau ayam dara)
6 ulas bawang merah - dihiris halus
3 ulas bawang putih - dihiris halus
2 inc halia - dimayang halus
100 ml kicap manis
3 camca besar sos tiram
1 inc kunyit hidup
10 tangkai cili kering - dikisar
300 ml air asam jawa
1 camca besar lada hitam - ditumbuk kasar
2 tangkai cili merah - dibelah 2
2 tangkai cili hijau - dibelah 2
2 biji bawang besar - dihiris bulat
2 biji kentang - dihiris dan digoreng
rempah tumis  - 3 sekawan
4 camca besar minyak untuk menumis
daun bawang untuk 


SERUNDING KELAPA

1 biji kelapa parut - ambil putih sahaja dan pilih kelapa yg agak muda
10 tangkai cili kering
1 inc halia
3 batang serai
1/2 inc lengkuas
1/2 cawan udang kering
1 cawan ikan bilis
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1/2 inc belacan
1/2 inc kunyit
1/2 cawan air asam
garam dan gula secukup rasa 


SAYUR GORENG JAWA

4 keping tempe - dipotong dadu dan digoreng
3 keping tauhu - dipotong dadu dan digoreng
10 gm suhun - direndam
Kacang panjang - dihiris serong
10 ekor udang - dibuang kulit
1keping tauhu kering - direndam dan dipotong 
4 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu besar udang kering - dikisar
1 sudu besar ikan bilis - dikisar
1 sudu kicap manis
1 batang cili - dihiris
1 inc halia - dihiris halus
garam secukup rasa


MEE GORENG 

mee kuning satu bungkus
4 ulas bawang putih - dikisar
2 ulas bawang merah - dikisar
cili kering - dikisar
udang kering
garam dan gula secukup rasa
cili sos
tauge
fishball
udang
daging - dihiris nipis
sayur sawi - dipotong
tomato buah
karot (jika suka)
tauhu digoreng
telur digoreng hancur
   

CREDITBY:-azlitamasammanis.com


resepi nasi dagang



Bahan-Bahan

Bahan A ( Nasi Dagang )

Beras Nasi dagang ( saya guna beras faiza nasi dagang ) – sukatan ikut sukalah, hehe
Santan ( saya guna santan kotak sebab takder kolestrol ) – sukatan terpulanglah, hehe
Bawang besar ( dihiris halus )
Halia ( dihiris Halus )
Garam- secukup rasa
Gula-secukup rasa

Bahan B ( gulai )
Ikan ( saya biasa guna ikan tongkol hitam, tapi hari ni 1st time guna ikan tenggiri )
Lada kisar ( saya letak 3 sudu jer )
Bawang merah ( dikisarbawang putih ( dikisar )
Lengkuas ( potong besar untuk diletakkan dalam gulai )
Kerisik
Jintan putih ( baru 1st time guna..menyedapkan baud an rasa nampaknya, hehe)
Garam- secukup rasa
Gula - secukup rasa
Asam keping

Bahan C – pencuk@ acar sayur
Timun
Lobak
Bawang besar
Cili besar
Cuka makan
Gula
Garam

Cara memasak :

Nasi dagang

Rendam beras pada waktu malam
Kemudian toskan. Selepas itu dikukus beras tersebut sehingga separuh masak. Selepas separuh masak, gaulkan dengan santan yang telah dicampur dengan garam dan gula bersama-sama dengan bawang dan halia yang telah dihiris. Kemudian masak semula sehingga masak.

Gulai
·         Rebus dahulu ikan dengan asam keeping sehingga air agak kekeringan. Tujuannya untuk mengeraskan ikan ( betui ka, hehe ). Saya rebus guna 6 keping asam keeping.
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan jintan putih sehingga garing. Selepas itu masukkan cili kering yang telah dikisar dan kacau sehingga garing. Kemudian masukkan santan. Apabila agak sedikit kekuningan, masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Kemudian masukkan kerisik. Selepas itu masukkan ikan yang telah direbus tadi. Kemudian boleh dihidang  

Pencuk@ acar sayur

Potong kesemua bahan tersebut mengikut citarasa masing-masing. Kemudian campurkan garam dan gula secukup rasa dan lebih kurang sesudu cuka makan. Gaul dengan rata sehingga rasanya sebati. Selepas itu bolehlah dihidangkan.

Setelah siap semuanya, apalagi, makanlah..oppps..jangan lupa baca doa makan yer..jika tidak anda berkongsi dengan makhluk yang satu lagi tu…selamat mencuba semua…

resepi nasi kerabu (biru)



Nasi 
3 cwn beras 
daun pandan 
1 st pewarna biru- dicampurkan dg sedikit air 
Cara - masak nasi macam biasa dgn diletakkan daun pandan.. Bila nasi dah mendidih...hampir kering masukkan pewarna berkenaan, tompokkan pewarna atas nasi.kacau dg garpu. 



Sambal Tumis 
Bahan 
*2 sudu besar lada kering yg telah ditumbuk (8-10 tangkai cili kering) 
*8 ulas bawang merah 
*2 ulas bawang putih 
1 biji kelapa @ 1/2 tin santan dlm tin/1 peket santan brand S&P -jadikan 1 mangkuk santan pekat 
1 btg serai-di ketuk 
1-2 keping asam gelugur 
2-3 sm budu 
gula , garam secukupnya 
*tumbuk/blender 
Cara 
1. Panaskan minyak , tumis semua bahan tumbuk. 
2.Kemudian masukkan semua bahan lain.kacau sampai masak pekat dan pecah minyak 



Sambal ikan/Sambal kelapa 
Bahan 
3 ekor ikan - direbus dan ambil isi - tumbuk 
1 cawan kelapa kering/ kelapa parut- digoreng tanpa minyak sampai kuning & tumbuk sedikit. 
5 ulas bawang merah-tumbuk 
1 batang serai dihiris tipis-tipis 
garam,gula,lada hitam(tumbuk) secukupnya 

cara;campurkan semua bahan di atas .rasakan. 

Lain2 -boleh tambah jika suka ayam goreng berempah/biasa/ikan celup tpg,telur asin,solok lada,sambal 
Kerabu/ulam 
Potong kubis,timun,kacang pjg,kacang botol,taugeh ( guna apa2 yg ada dlm peti ais) 

Resepi Solok Lada 
Bahan-bahan 
lada hijau 10 biji ( kalau tak nak pedas belah memanjang tp jgn sampai putus dan buang biji) 
kelapa parut 1/2 biji atau 1 cwn desiccated coconut/kelapa kering (dicampur dgn air panas,kacau dan panaskan sekejab dlm microwave) 
* ikan 2 ekor ( yg tlh dikukus/rebus-ambil isinya) 
* santan cair secukupnya utk merebus solok lada 
* 7-9 biji lada hitam- tumbuk 
* 4 ulas bawang merah 
*1 biji telur saiz kecil - pukul sedikit 
*garam dan gula secukupnya 

Cara-cara 
1. tumbuk lada hitam,halia,bawang merah dan ikan hingga separuh lumat dan masukkan kelapa dan tumbuk lagi sekejab. 
2.Gaul bahan2 tersebut dgn gula dan garam dan telur (masukkan telur sikit,tengok kalau 1/2 telur dah cukup utk dikepal bahan2nya tak perlu letak semua telur) 
3.Isikan bahan yg digaul ke dlm lada padat2 
4.Susun dalam periuk dan masukkan santan.Masak sampai mendidih dan lada empuk. 




resepi pasta goreng (versi melayu)





Bahan bahan
100gm pasta - direbus hingga masak, toskan.
3 kuntum cendawan shiitake - dihiris nipis
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 batang lobak merah - dipotong dadu
2 sudu besar sos spaghetti
1 sudu besar cili kisar ( kena kurangkan )
Garam secukup rasa
Sedikit air
100 gms daging ayam - dipotong sais sesuai

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili kisar hingga masak. Masukkan ayam dan biarkan sebentar.
2. Masukkan sos spaghetti, cendawan dan lobak merah. Masukkan sedikit air dan biarkan hingga kuah mendidih.
3. Perasakan dengan garam. Masukkan pasta, gaul rata dan biarkan sebentar. Tutup api dan sedia dihidang.

resepi kek pisang nestum

                                        
                                                             

Bahan-bahan ( 20cm )

  • 5 Biji Telur
  • 1 gelas minyak masak
  • 1 1/2 gelas tepung gandum
  • 1 gelas gula yang telah di kisar
  • 1 gelas nestum yang telah di kisar
  • 1 sudu soda bikar bonat
  • 1 sudu teh esen pisang
  • 7 biji pisang emas yang telah di lenyek

Cara-cara

  1. Minyak dan telur di pukul hingga kembang
  2. kemudian masukkan gula. pukul hingga rata.
  3. masukkan nestum dan tepung. Pukul lagi hingga sebati.
  4. masukkan soda bikar bonat dan esen pisang.
  5. Masukan pisang. Bila semua sudah di pukul hingga rata. masukkan ke dlm loyang yang telah di lengser dgn minyak masak. Alaskan dgn kertas minyak.
  6. masukkan adunan ke dlm loyang dan bakar selama 45 minit dgn suhu 190'C
  7. Dsc00004_2_
     Sila guna gelas di dlm gambar utk sukatan

Sabtu, 23 Mac 2013

resepi kerabu mangga


  • 5 biji mangga muda.
  • 1 biji bawang besar.
  • 1 biji cili merah.
  • 1 biji cili hijau.
  • 3 ekor sotong basah saiz sederhana.
  • 1 sudu makan udang kering.
  • Sedikit kacang gajus / kacang tanah (untuk hiasan).

Cara-cara

  1. Mangga dibuang kulit dan diparut halus.
  2. Bawang besar dimayang.
  3. Cili merah dan cili hijau dipotong dadu.
  4. Sotong basah dicelur hingga empuk dan dipotong bulat.
  5. Udang kering ditumbuk halus.
  6. Kacang gajus / kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus.
  7. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan gaul.
  8. Taburkan kacang gajus / kacang tanah.

resepi ayam masak kurma


  • 1 ekor ayam
  • 1 1/2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2cm halia (ditumbuk)
  • 1 biji santan kelapa
  • 3 sudu rempah kurma
  • 1 sudu rempah kari
  • 4 biji kentang (di potong 4)
  • 1 biji bawang merah (di potong 4)
  • 3 biji cili hijau / cili merah
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 1 camca gula
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
  • *untuk tambahan-bole letak carrot & tomato. kalo xde pon xpe.

Cara-cara

  1. Satukan rempah kurma & rempah kari kedalam mangkuk kecil. Masukkan sedikit air, kacau sedikit Ketepikan.
  2. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk. Masukkan bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis. Tumis biar naik bau.
  3. Masukkan rempah yang telah disatukan tadi. Tumis biar sampai garing & wangi.
  4. Kemudian masukkan ayam. Kacau sebentar.
  5. Masukkan pula santan, sedikit demi sedikit hingga habis. Kemudian masukkan kentang yg telah dipotong 4 tadi.
  6. Biarkan kira-kira 15minit / hingga ayam empuk & kentang lembut.
  7. Masukkan garam secukup rasa & gula.
  8. Masukkan bawang merah yang telah di potong 4, cili hijau & cili merah.
  9. Biarkan mendidih sebentar. Tutup api & bole la di hidang.

resepi ayam masak coke



  • Sayap @ paha ayam, Garam,ajinomoto, Bawang putih 2 ulas (diketuk ), kicap masin, minyak (sikit je), coca cola (yg dalam tin lg sedap)..
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  1. Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan ajinomoto..ketepikan.Panaskan frying pan,masukkan sedikit minyak masak.Bila minyak dah panas,masukkan ayam..Gaul2kan..Bila ayam dah kekuningan,masukkan cola dan bawang putih..Cola tu masukkan dalam setengah tin@biarkan ayam tu berendam dalam cola..api jangan besar sangat ye takut hangus lak ayam tu..hihi..bila cola tu dah nampak kering sikit,masukkan lah kicap masin..jangan banyak sangat sebab ayam tadi dah digaul dengan garam dan ajinomoto..gaul lagi..bila ayam dah pecah minyak,cola tu dah melekat kat ayam,haa masak la tu..selamat mencuba.. =)
  2. seelok elok nya guna non-stick frying pan sebab takut cola tu tak banyak melekat kat ayam tp banyak melekat kat kuali kalau tak guna yang non-stick punye..

resepi mee rebus






  • 400g mee kuning - celur n toskan
  • tauhu goreng - goreng n hiris
  • sawi celur dan taugeh
  • lada merah - hiris
  • daun sup/daun bawang - hiris
  • telur rebus
  • limau nipis@ limau kasturi
  • jeruk lada@ cili
  • UTK KUAH
  • 5 btg atau lebih cili kering
  • segenggam udang geragau - hana tmbh skit udang kering
  • 1/2 biji bawang besar @ 3-5 biji bwg merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 sudu makan sos tomato - leh ganti ngan air asam jawa
  • 2 biji keledek sederhana - rebus dan blend ngan air rebusan daging@udang.
  • 300g daging - rebus hingga empuk n hiris nipis. air rebusan ketepikan.
  • 5++ ekor udang segar - rebus separuh masak. air udang ketepikan.
  • gula melaka
  • garam n perasa (jika suka)
  • air secukupnyer - jika kuah terlalu pekat

Cara-cara

  1. bwg besar@bwg merah,bwg putih dan lada kering potong2 kemudian goreng sekejap dengan minyak yg sedikit.angkat.
  2. blend bwg n lada kering td masukkan juga halia dan lengkuas hingga hancur.
  3. panaskan minyak. tumis bhn blend hingga pecah minyak. masukkan sos tomato n udang geragau. tumis lagik.
  4. masukkan air rebusan daging,rebusan udang, daging n keledek.perasakan ngan garam n gula. didihkan hingga kuah agak pekat baru kaww! jika terlalu pekat sgt tmbhkan air yer..last sekali baru masukkan udang. tutup api.
  5. hidangkan mee ngan telur rebus, tauhu goreng, taugeh, sawi,limau kasturi/nipis, daun bwg, bwg goreng, lada merah, jeruk chili/jeruk lada dan curahkan kuah tadi. siap!
  6. SeLaMaT MenCuBe.

Jumaat, 22 Mac 2013

resepi nasi goreng ayam berlada



                                                                     Bahan-bahan :

Ekor Ayam Potong Ikut Suka
15 Helai Cili Kering
3 Ulas Bawang Merah
2 Ulas Bawang Putih
Sedikit Halia
2 Batang Serai
2 Biji Bawang Besar
4 Biji Tomato
1 mangkuk Santan
sedikit Sos Cili & Sos Tomato
Garam,Ajinomoto,Gula 

Cara-cara :

Tumiskan bahan-bahan yang di kisar hingga naik bau dan pecah minyak, masukkan sedikit sos cili & sos tomato, serai yang di titik selepas itu santan sekira terlalu pekat tambahkan 1 cawan air kemudian masukkan tomato, bawang besar yang telah di hiris bulat-bulat, sedikit garam, gula, ajinomoto untuk menambahkan perasa akhir sekali masukkan ayam yang telah di goreng dan di kacau sehingga 5 minit

SELAMAT DATANG BLOG RESEPI RASA

                           


                                       ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJATERA.

             Blog resepi rasa adalah blog yang baru aktif pada awal tahun 2013, blog ini juga berkongsi resepi dan juga  pendapat tentang masakan-masakan yang ada dimalaysia atau luar malaysia.

Blog kami menyediakan pembahagi jadual waktu makan setiap hari iaitu sarapan, makan tengahari, minum petang dan juga makan malam, untuk mempermudahkan pembaca mencari-cari resepi yang sesuai pada waktu tertentu.