like us

Rabu, 27 Mac 2013

resepi nasi dagang



Bahan-Bahan

Bahan A ( Nasi Dagang )

Beras Nasi dagang ( saya guna beras faiza nasi dagang ) – sukatan ikut sukalah, hehe
Santan ( saya guna santan kotak sebab takder kolestrol ) – sukatan terpulanglah, hehe
Bawang besar ( dihiris halus )
Halia ( dihiris Halus )
Garam- secukup rasa
Gula-secukup rasa

Bahan B ( gulai )
Ikan ( saya biasa guna ikan tongkol hitam, tapi hari ni 1st time guna ikan tenggiri )
Lada kisar ( saya letak 3 sudu jer )
Bawang merah ( dikisarbawang putih ( dikisar )
Lengkuas ( potong besar untuk diletakkan dalam gulai )
Kerisik
Jintan putih ( baru 1st time guna..menyedapkan baud an rasa nampaknya, hehe)
Garam- secukup rasa
Gula - secukup rasa
Asam keping

Bahan C – pencuk@ acar sayur
Timun
Lobak
Bawang besar
Cili besar
Cuka makan
Gula
Garam

Cara memasak :

Nasi dagang

Rendam beras pada waktu malam
Kemudian toskan. Selepas itu dikukus beras tersebut sehingga separuh masak. Selepas separuh masak, gaulkan dengan santan yang telah dicampur dengan garam dan gula bersama-sama dengan bawang dan halia yang telah dihiris. Kemudian masak semula sehingga masak.

Gulai
·         Rebus dahulu ikan dengan asam keeping sehingga air agak kekeringan. Tujuannya untuk mengeraskan ikan ( betui ka, hehe ). Saya rebus guna 6 keping asam keeping.
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan jintan putih sehingga garing. Selepas itu masukkan cili kering yang telah dikisar dan kacau sehingga garing. Kemudian masukkan santan. Apabila agak sedikit kekuningan, masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Kemudian masukkan kerisik. Selepas itu masukkan ikan yang telah direbus tadi. Kemudian boleh dihidang  

Pencuk@ acar sayur

Potong kesemua bahan tersebut mengikut citarasa masing-masing. Kemudian campurkan garam dan gula secukup rasa dan lebih kurang sesudu cuka makan. Gaul dengan rata sehingga rasanya sebati. Selepas itu bolehlah dihidangkan.

Setelah siap semuanya, apalagi, makanlah..oppps..jangan lupa baca doa makan yer..jika tidak anda berkongsi dengan makhluk yang satu lagi tu…selamat mencuba semua…

0 ulasan:

Catat Ulasan