Bahan-bahan
2 biji telur
250 g isi ayam – dipotong dadu
150 g sayur campur (mix veggie)
7 ulas bawang merah – dikisar
1 ulas bawang putih – dikisar
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula
250 g isi ayam – dipotong dadu
150 g sayur campur (mix veggie)
7 ulas bawang merah – dikisar
1 ulas bawang putih – dikisar
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula
Cara-cara (inti ayam)
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan cili kisar, kacau sekata dan biarkan seketika.
- Masukkan sos cili, sos tiram, sedikit air dan isi ayam. Kacau sekata.
- Masukkan sayur campur, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kering.
Cara-cara (telur bungkus)
- Pecahkan telur di dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam dan pukul sehingga sebati.
- Panaskan kuali dan sapu permukaan kuali dengan sedikit minyak.
- Masukkan telur ke dalam kuali dan dadarkan sehingga memenuhi kuali.
- Bila telur masak, tuangkan inti ayam ke atasnya dan lipat telur tersebut.
- Terbalikkan telur yang siap dilipat. Siap untuk dihidangkan.
0 ulasan:
Catat Ulasan